Kosa
kata: dikir barat, ghazal, dongdang sayang dan tabla.
Langkah/ masa
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Catatan/ABM
Set induksi
(5 minit)
-guru masuk ke kelas dengan
menyanyikan lagu dikir barat.
-murid mendengar nyanyian guru dengan
penuh tanda Tanya.
ABM: -
Objektif: -
Nilai: -
KBKK: membuat gambaran mental.
Langkah 1
(20 minit)
-guru memberitahu tema pada hari ini
kepada murid-murid iaitu mari mengenal lagu, permainan dan muzik tradisional.
-guru menunjukan kad imbasan yang
terdapat gambar orang bermain tabla, dikir barat, ghazal dan dongdang sayang
kepada murid-murid.
-kemudian guru
menunjukkan kad perkataan kepada murid-murid dan meminta murid-murid membaca
perkataan tersebut.
-guru ingin
mengadakan aktiviti dengar dan teka.
-guru memasang
muzik tradisional seperti tabla, dikir barat, ghazal dan dongdang sayang.
-kemudian guru
meminta murid meneka muzik tradisional yang di pasang oleh guru.
-murid mendengar penjelasan guru
dengan penuh perhatian.
-murid melihat kad imbasan yang
ditunjukkan oleh guru.
-murid melihat kad perkataan tersebut
dan membaca perkataan yang terdapat pada kad perkataan yang ditunjukan oleh
guru.
-murid bersedia.
-murid mendengar dengan penuh
perhatian.
-murid meneka muzik tradisional yang
dipasang oleh guru dengan pelbagai jenis jawapan serta dengan bimbingan guru.
ABM: kotak, laptop, maker pen.
Objektif: (i) dan (ii)
Nilai: kerjasama dan kesungguhan.
KBKK: menjana idea dan membuat
gambaran mental.
Langkah 2
(30 minit)
-guru ingin mengadakan aktiviti
bermain congkak.
-mula-mula guru membuat demonstrasi
dahulu cara-cara bermain congkak sebelum membenarkan murid-murid melakukan
aktiviti ini.
-guru meletakkan tujuh biji guli
kedalam setiap lubang yang terdapat pada congkak kecuali lubang dibahagian hujung
kanan daan kiri.
-guru meminta murid memilih lubang
yang mana-mana untuk memulakan permainan.
-guru menyatakan sesiapa yang mendapat
guli paling banyak dikira sebagai pemenang.
-selepas demonstrasi, guru juga
memberitahu kepada murid-murid meletak guli hanya pada lobang congkak sahaja.
Murid dilarang memasukkan guli kedalam mulut sebagai langkah berjaga-jaga.
-kemudian guru akan membahagikan
kumpulan setiap kumpulan dua orang.
-setelah itu, guru diminta murid
melakukan aktiviti ini berdasarkan demonstrasi yang ditunjukkan sebentar
tadi.
-murid mendengar penjelasan guru.
-murid melihat dan mendengar
penerangan guru.
-murid melihat guru meletakkan guli
kedalam lubang congkak serta mendengar penerangan guru dengan penuh
perhatian.
-murid mendengar dan melihat guru
memilih lobang congkak semasa demonstrasi.
-murid mendengar arahan guru dengan
penuh perhatian.
-murid mendengar arahan guru.
-murid duduk dalam kumpulan yang telah
diberi oleh guru.
-murid melakukan aktiviti ini
berdasarkan demonstrasi guru.
ABM: congkak dan guli
Objektif: (iii)
Nilai: kerjasama dan kesungguhan
KBKK: menjana idea.
Penutup
(5 minit)
-guru menanya kembali pengajaran dan
pembelajaran yang telah diajar hari ini kepada murid-murid.
-guru menerangkan lembaran kerja
kepada murid-murid cara-cara untuk membuat lembaran kerja yang diberi.
-guru mengedarkan lembaran kerja
kepada murid-murid.
-murid menjawab pertanyaan guru dengan
penuh yakin dan bersemangat.
-murid mendengar penerangan guru
dengan penuh perhatian.
-murid membuat latihan tersebut.
ABM: kertas A4
Objektif:-
Nilai: kesungguhan
KBKK: menjana idea.
Impak:
18/20
dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini disebabkan alat bantu
mengajarnya menarik. Membuatkan murid-murid tertarik untuk mengikuti pengajaran
dan pembelajaran pada hari ini. Manakala, dua orang pelajar tidak dapat
mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini disebabkan tidak hadir ke
sekolah.
Tampura merupakan alat bertali yang mempunyai 4 tali. 3 daripadanya adalah dawai besi waja dan sati lagi daripada perunggu. Badannya diperbuat daripada kayu nangka. Ianya berbentuk bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras disisi lehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian di tengah-tengah dada.Fungsi alat permainan ini adalah digunakan dalam muzik vokal dan instrumental masyarakat India. Ia juga akan mengeluarkan degungan iringan. Cara bermain alat permainan ini adalah dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.
ERH-HU
Erh-hu adalah alatan bertali jenis lute yang dibuat dalam 3 saiz iaitu kecil, sedang dan besar. Fungsi alat ini adalah ianya digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Cara untuk bermain alat permainan ini adalah ianya didirikan tegak diatas riba pemain semasa di mainkan. Tali akan digesek dengan sebelah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.
GAMBUS
Gambus adalah sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutp dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak. Fungsi gambus adalah dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik ghazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor. Cara untuk bermain gambus adalah dipetik sebagaimana cara untuk bermain gitar.
Apa yang anda ketahui tentang permainan alat tradisional ? Permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu seperti masyarakat kita permainan seperti gasing, batu seremban, congkak dan wau menjadi permainan tradisional. Di bawah ini merupakan contoh-contoh permainan tradisional.