TAMPURA
Tampura merupakan alat bertali yang mempunyai 4 tali. 3 daripadanya adalah dawai besi waja dan sati lagi daripada perunggu. Badannya diperbuat daripada kayu nangka. Ianya berbentuk bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras disisi lehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian di tengah-tengah dada. Fungsi alat permainan ini adalah digunakan dalam muzik vokal dan instrumental masyarakat India. Ia juga akan mengeluarkan degungan iringan. Cara bermain alat permainan ini adalah dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.
ERH-HU
Erh-hu adalah alatan bertali jenis lute yang dibuat dalam 3 saiz iaitu kecil, sedang dan besar. Fungsi alat ini adalah ianya digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Cara untuk bermain alat permainan ini adalah ianya didirikan tegak diatas riba pemain semasa di mainkan. Tali akan digesek dengan sebelah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.
GAMBUS
Gambus adalah sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutp dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak. Fungsi gambus adalah dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik ghazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor. Cara untuk bermain gambus adalah dipetik sebagaimana cara untuk bermain gitar.
No comments:
Post a Comment