Monday, 2 April 2012

LAGU TRADISIONAL

LODEH MAK LODEH



LIRIK LAGU LODEH MAK LODEH

Lodeh hai mak lodeh
Lodeh anak Pak Salleh
Cucu Osman Janggut
Kaki untut hingus meleleh

Boleh cik abang boleh
Tolak sampai boleh
Datuk sampai semput
Lemah lutut kaki letih

Lodeh hai abang lodeh
Lodeh anak Pak Salleh
Pakai baju labuh
Seluar longgar hampir terlondeh

Boleh atau tak boleh
Jangan dalih dalih
Tunggu buah tak jatuh
Lutut lenguh kaki letih



JOGET PAHANG


LIRIK LAGU JOGET PAHANG

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)
Dari Melaka ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan (2x)

Kami ucapkan selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Pukullah gendang hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari (2x)

Sayalah ini bang hoi dagang merantau
Mengharap belas orang di sini (2x)

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan (2x)

Niat di hati bang oii...
Nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan (2x)

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

RANCANGAN MENGAJAR


RANCANGAN MENGAJAR.

Nama kelas: Bestari.
Bilangan murid: 20/20 orang.
Umur: 5 tahun.
Cadangan masa: 9.00pagi -10.00pagi (1 jam)
Tema: Negara saya (lagu, permainan dan muzik tradisional.)
Tunjang utama: Tunjang Sains dan Teknologi (awal sains)
Tunjang disepadukan:
i)Tunjang Komunikasi (bahasa melayu)
ii)Tunjang Fizikal dan Estetika (perkembangan fizikal)

Standard pembelajaran utama:
(ST 13.0) penggunaan ICT.
Standard pembelajaran yang disepadukan :
i)(BM 3.5)membaca perkataan  
ii)(PFK 1.2) melakukan koordinasi mata, tangan dalam perkembangan kemahiran motor halus.

Objektif pembelajaran : diakhir pengajaran, murid dapat :
i)menyebut perkataan pada kad imbasan dengan bimbingan guru.
ii)mendengar dengan baik serta mengenali muzik tradisional.
iii)melakukan aktiviti bermain congkak.

Pengetahuan sedia ada:
Murid sudah mengenali beberapa jenis lagu, permainan dan muzik tradisional seperti lagu dikir barat dan permainan congkak.
Penerapan nilai: kerjasama, kesabaran dan kesungguhan.
Alat bantu mengajar: laptop, kotak, congkak, maker pen, kertas A4, guli
KBKK: menjana idea, membuat gambaran mental.
Kosa kata: dikir barat, ghazal, dongdang sayang dan tabla.



Langkah/ masa
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Catatan/ABM
Set induksi
(5 minit)
-guru masuk ke kelas dengan menyanyikan lagu dikir barat.
-murid mendengar nyanyian guru dengan penuh tanda Tanya.
ABM: -
Objektif: -
Nilai: -
KBKK: membuat gambaran mental.
Langkah 1
(20 minit)
-guru memberitahu tema pada hari ini kepada murid-murid iaitu mari mengenal lagu, permainan dan muzik tradisional.
-guru menunjukan kad imbasan yang terdapat gambar orang bermain tabla, dikir barat, ghazal dan dongdang sayang kepada murid-murid.
-kemudian guru menunjukkan kad perkataan kepada murid-murid dan meminta murid-murid membaca perkataan tersebut.
-guru ingin mengadakan aktiviti dengar dan teka.
-guru memasang muzik tradisional seperti tabla, dikir barat, ghazal dan dongdang sayang.
-kemudian guru meminta murid meneka muzik tradisional yang di pasang oleh guru.       
-murid mendengar penjelasan guru dengan penuh perhatian.


-murid melihat kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru.



-murid melihat kad perkataan tersebut dan membaca perkataan yang terdapat pada kad perkataan yang ditunjukan oleh guru.

-murid bersedia.


-murid mendengar dengan penuh perhatian.


-murid meneka muzik tradisional yang dipasang oleh guru dengan pelbagai jenis jawapan serta dengan bimbingan guru.
ABM: kotak, laptop, maker pen.
Objektif: (i) dan (ii)
Nilai: kerjasama dan kesungguhan.
KBKK: menjana idea dan membuat gambaran mental.
Langkah 2
(30 minit)
-guru ingin mengadakan aktiviti bermain congkak.
-mula-mula guru membuat demonstrasi dahulu cara-cara bermain congkak sebelum membenarkan murid-murid melakukan aktiviti ini.
-guru meletakkan tujuh biji guli kedalam setiap lubang yang terdapat pada congkak kecuali lubang dibahagian hujung kanan daan kiri.
-guru meminta murid memilih lubang yang mana-mana untuk memulakan permainan.
-guru menyatakan sesiapa yang mendapat guli paling banyak dikira sebagai pemenang.
-selepas demonstrasi, guru juga memberitahu kepada murid-murid meletak guli hanya pada lobang congkak sahaja. Murid dilarang memasukkan guli kedalam mulut sebagai langkah berjaga-jaga.
-kemudian guru akan membahagikan kumpulan setiap kumpulan dua orang.
-setelah itu, guru diminta murid melakukan aktiviti ini berdasarkan demonstrasi yang ditunjukkan sebentar tadi.
-murid mendengar penjelasan guru.

-murid melihat dan mendengar penerangan guru.





-murid melihat guru meletakkan guli kedalam lubang congkak serta mendengar penerangan guru dengan penuh perhatian.
-murid mendengar dan melihat guru memilih lobang congkak semasa demonstrasi.
-murid mendengar arahan guru dengan penuh perhatian.


-murid mendengar arahan guru.









-murid duduk dalam kumpulan yang telah diberi oleh guru.

-murid melakukan aktiviti ini berdasarkan demonstrasi guru.



ABM: congkak dan guli
Objektif: (iii)
Nilai: kerjasama dan kesungguhan
KBKK: menjana idea.
Penutup
(5 minit)
-guru menanya kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah diajar hari ini kepada murid-murid.
-guru menerangkan lembaran kerja kepada murid-murid cara-cara untuk membuat lembaran kerja yang diberi.
-guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
-murid menjawab pertanyaan guru dengan penuh yakin dan bersemangat.


-murid mendengar penerangan guru dengan penuh perhatian.


-murid membuat latihan tersebut.
ABM: kertas A4
Objektif:-
Nilai: kesungguhan
KBKK: menjana idea.


Impak:
18/20 dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini disebabkan alat bantu mengajarnya menarik. Membuatkan murid-murid tertarik untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Manakala, dua orang pelajar tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini disebabkan tidak hadir ke sekolah.



TABLA


DIKIR BARAT


GHAZAL


DONDANG SAYANG




ALAT MUZIK TRADISIONAL

TAMPURA

Tampura merupakan alat bertali yang mempunyai 4 tali. 3 daripadanya adalah dawai besi waja dan sati lagi daripada perunggu. Badannya diperbuat daripada kayu nangka. Ianya berbentuk bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras disisi lehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian di tengah-tengah dada. Fungsi alat permainan ini adalah digunakan dalam muzik vokal dan instrumental masyarakat India. Ia juga akan mengeluarkan degungan iringan. Cara bermain alat permainan ini adalah dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.





ERH-HU

Erh-hu adalah alatan bertali jenis lute yang dibuat dalam 3 saiz iaitu kecil, sedang dan besar. Fungsi alat ini adalah ianya digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Cara untuk bermain alat permainan ini adalah ianya didirikan tegak diatas riba pemain semasa di mainkan. Tali akan digesek dengan sebelah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.





GAMBUS

Gambus adalah sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutp dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak. Fungsi gambus adalah dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik ghazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor. Cara untuk bermain gambus adalah dipetik sebagaimana cara untuk bermain gitar.













PERMAINAN TRADISIONAL

Apa yang anda ketahui tentang permainan alat tradisional ? Permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu seperti masyarakat kita permainan seperti gasing, batu seremban, congkak dan wau menjadi permainan tradisional. Di bawah ini merupakan contoh-contoh permainan tradisional.


GASING



WAU


CONGKAK


BATU SEREMBAN